Welcome to
PT. DIMENSI JAYA vector pest control - IPM Program

Free Member
PT. DIMENSI JAYA vector pest control - IPM Program
Indonesia

INFORMASI BURUNG

INFORMASI BURUNG

Burung merupakan haiwan bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland. Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenal pasti yang dibahagikan kepada 27 order. Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika dikira berserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3200 jenis.

Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Burung dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, samasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya. Ciri-ciri utama hewan burung adalah seperti berikut :-

* Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
* Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
* Mempunyai sisik pada kakinya.
* Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
* Bernafas melalui peparu.
* Berdarah panas.

Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang tidak mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak boleh terbang. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung adalah oviparous iaitu bertelur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadang kala kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.

Kelas burung

Kelas burung (Class:Aves) pula terbagi kepada beberapa aturan seperti berikut :-

* Struthioniformes, Burung Unta, Emu, Kiwi, and seumpamanya.
* Tinamiformes, Tinamous
* Anseriformes, Burung air
* Galliformes, ayam itik
* Sphenisciformes, Penguin
* Gaviiformes, Loons
* Podicipediformes, grebes
* Procellariiformes, albatrosses, petrels, and seumpamanya.
* Pelecaniformes, Pelican dan seumpamanya.
* Ciconiiformes, storks dan seumpamanya.
* Phoenicopteriformes, flamingos
* Accipitriformes, eagles, hawks dan seumpamanya.
* Falconiformes, falcons
* Turniciformes, button-quail
* Gruiformes, cranes dan seumpamanya.
* Charadriiformes, plovers dan seumpamanya.
* Pteroclidiformes, sandgrouse
* Columbiformes, doves dan pigeons
* Psittaciformes, parrots dan seumpamanya.
* Cuculiformes, cuckoos
* Strigiformes, Burung Hantu
* Caprimulgiformes, nightjars dan seumpamanya.
* Apodiformes, Layang-layang
* Coraciiformes, kingfishers
* Piciformes, woodpeckers dan seumpamanya.
* Trogoniformes, trogons
* Coliiformes, mousebirds
* Passeriformes, passerines

Senarai burung

Antara spesies burung adalah :-

1. Burung Gembala Kerbau
2. Burung Ranggung Padi
3. Burung Bangau Leher Hitam
4. Burung Bangau Kecil
5. Burung Bangau Sederhana
6. Burung Helang Kembara Hitam
7. Burung Pucung Gelam
8. Burung Pucung Keladi
9. Burung Pucung Seriap
10. Burung Pucung Serandau
11. Burung Pekaka Sungai
12. Burung Pekaka Paruh Pendek
13. Burung Perling Mata Merah
14. Burung Pergam Besar
15. Burung Tekukur
16. burung Botak Besar
17. burung Botak Upeh
18. burung Undan Merah Jambu Hitam
19. burung Pucong Keladi
20. burung Sekendi Kepala Hitam
21. burung Angsa Mesir
22. burung Angsa Hitam
23. burung Merak Pongsu
24. burung Cenderawasih
25. burung Serak Gunung
26. burung Kuang Cermin
27. burung Kuang Raya Gunung
28. burung Kuang Cermin
29. burung Kuang Raya
30. burung Merah Mata
31. burung Merak
32. burung Pegar
33. burung Siul
34. burung Serok
35. burung Enggang Papan (Buceros rhinoceros)
36. Burung Hantu punggur (Strix leptogramurica)
37. Burung Hantu Ketumbuk ketampi (Ketupa ketupu)
38. Burung Hantu Rumput (Tyto longimembris)
39. Burung Hantu Coklat (Phodilus badius)
40. Burung Hantu Telinga Panjang (Asio otus)
41. Burung Hantu Telinga Pendek (Asio flammeus)
42. Pungguk (Ninox scutulata malaccensis)
43. Burung Madu Sriganti (Nectarinia jugulris)
44. Burung Lang Alap Jambul (Accipiter trivigartus)
45. Burung Lang Kanguk
46. Burung Julang Mas (Aceros)
47. Burung Bangau
48. Burung Belatuk woodpecker
49. Burung Bangau egret
50. Burung Helang eagle
51. Burung Layang-layang swallow
52. Burung Murai Magpie
53. Burung Pipit sparrow
54. Burung Unta
55. Burung Merak
56. Burung Enggang
57. Burung Kenari
58. Burung Undan
59. Burung Emu
60. Burung Tiung
61. Penguin
62. Burung Puyuh
63. Burung Hering
64. Burung Kakaktua
65. Burung Hantu
66. Bayan Parakeet
67. Burung Nuri
68. Burung Kiwi
69. Burung Siul
70. Burung Ruak-ruak
71. Burung Gagak
72. Burung Raja Udang
73. Burung Merpati
74. Burung Flamingo
75. Burung Kelicap
76. Burung Enggang
77. Burung Rajawali
  • Bee & Wasp Control Programe ( BCP ) / Program Pengendalian Sarang lebah dan Tawon

    Bee & Wasp Control....

    BEE & WASP CONTROL PROGRAME ( BCP )

    Operation of bee , wasp along with its den in location of Gn. Total Bugis Housing Complex Total E& P INDONESIE . use PPE standart , ....



You have [3] new inquiries.
Go to Member Menu

Home - Trade List - Product List - Inquiry List - Cooperation List - Company List
Copyright © 2024 Indomonster.com. All Rights Reserved.